Want your
own Fotopage?








 
afandi's FotoPage

By: cHinbei boy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 13-May-2008 15:49 Email | Share | Bookmark
REMPAH RATUS DARI TERENGGANU.......




REMPAH MASAK CAP BUNGA ROS
HARGA : RM 4.00
BERAT : 105Gram






HARGA : RM 5.00
BERAT : 205GRAM


RESEPI GULAI NASI DAGANG


BAHAN - BAHAN
1 1/2 kg ikan tongkol
1 bungkus ( 35 gram ) rempah gulai ( kuning )
2 sudu besar rempah masak ( hitam )
130 gram bawang merah - di tumbuk / kisar
5 hiris lengkuas - di tumbuk/ kisar
4 hiris halia - di tumbuk/ kisar
4 ulas bawang putih - di tumbuk / kisar
4 sudu besar cili boh
Gula melaka
Garam, ajinomoto
Santan - 1 biji kelapa


CARA MEMASAK


Ikan di rebus dengan sedikit air dengan secubit garam dan 2 keping asam keping
Santan pekat ( kepala santan ) di masak sehingga naik minyak di campur cili boh dan biarkan naik minyak.
Masukkan bahan-bahan yang di kisar/di tumbuk dan kedua-dua rempah hingga naik minyak \, akhir sekali masukkan lebihan santan tadi, garam, gula melaka dan ajinomoto.

NASI DAGANG

BAHAN-BAHAN
1 Kg Beras Siam
1 Kg Beras Pulut
1 biji kelapa

3 sudu besar garam campurkan kedalam santan ( secukup rasa )
sedikit halia - hiris halus-halus
sedikit halba
5 biji bawang merah - di hiris nipis-nipis

CARA MEMASAK

Beras di rendam terlebih dahulu pada malamnya, keesokkan harinya harus dikukus

Toskan beras dan dikukus apabila beras kembang angkat dan di gaul dengan santan cair.
Kukus sekali lagi, apabila wap dah keluar, terus angkat dan di gaul dengan santan pekat dan juga bawang merah, halia dan halba. SELAMAT MENCUBA....




GULAI KAWAH



DAGING GULAI KAWAH

Bahan
500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.





GULAI AYAM
menggunakan rempah cap bunga rose
REMPAH GULAI + REMPAH MASAK



NASI KUNING TERENGGANU

BAHAN-BAHAN [ Untuk menumis ]
Cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
Bawang besar - di potong bulat-bulat
Daun pandan - 1 atau 2 helai
Serbuk kunyit - sedikit
Garam - secubit

Cara-cara
Panaskan minyak masukkan bawang besar, cengkih,bunga lawang,buah pelaga dan kulit kayu manis biarkan kekuningan baru masukkan nasi yang hendak di masak.
Masak nasi seperti biasa dan campurkan bahan yang di tumis serta secubit garam,daun pandan dan sedikit serbuk kunyit.

GULAI AYAM

BAHAN-BAHAN 1
Bahan untuk menumis
Bawang merah- 1 labu
Bawang putih - 2 ulas
Kulit kayu manis
Cengkih
Buah pelaga
Bunga Lawang

BAHAN - BAHAN 2
1/2 Ekor ayam - dipotong kecik-kecik
Bawang merah 3 labu - ditumbuk
bawang putih 2 ulas - ditumbuk
Cili boh - 2 sudu
REMPAH GULAI [cap bunga rose ]- 3 sudu besar
REMPAH MASAK [cap bunga rose ] - 1 1/2 sudu besar
Kentang - di belah 2
Asam jawa - secubit
Santan - bergantung pada anda
Air - 1 cawan
Belacan - secubit
Gula - 1 sudu kecil
Garam

CARA MEMASAK
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, cengkih,kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi, kemudian masukkan cili boh dan bawang merah yang di tumbuk hingga naik minyak dengan api sederhana..biarkan beberapa minit.Kemudian masukkan kentang, rempah gulai dan rempah masak kemudian masukkan sedikit air, biarkan beberapa minit, masukkan ayam yang telah di bersihkan, gaul kalau kering masukkan sedikit air biarkan naik minyak biarkan kentang empuk baru masukkan santan, garam,gula,asam jawa,belacan dan sedikit air..biarkan naik minyak dengan api sederhana.. apabila masak, sedia untuk di hidangkan..... SELAMAT MENCUBA



MASAKAN LAKSA TERENGGANU

Bahan-bahan 2 - untuk di kisar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
sedikit kunyit

Bahan - bahan 2
1 sudu besar REMPAH GULAI CAP BUNGA ROSE
1 sudu besar REMPAH MASAK CAP BUNGA ROSE
3 sudu besar serbuk cili / cili boh
1 sudu besar kerisik
4 mangkuk santan cair
Gula melaka [ nisan ]
Gula pasir
Garam
1 asam keping
1 kilo ikan kembung/ selayang [ di panggang / rebus dan di kisar/ ditumbuk ]

CARA-CARA
Gaulkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama cili boh, kerisik, REMPAH CAP BUNGA ROSE.Didihkan santan bersama asam gelugur, gula melaka,gula pasir dan garam scukup rasa.Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan yang telah di gaul dengan REMPAH CAP BUNGA ROSE tadi.Biarkan seketika kemudian masukkan isi ikan yang telah dikisar. Biarkan sehingga kelihatan naik minyak dan padamkan api.

NOTA : Untuk masakan ikan sila ikut cara membuat kuah laksa. Cuma gantikan isi ikan kisar dengan ikan kesukaan anda. SELAMAT MENCUBA...!!!! :mrgreen:




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net